Home / Update / Artikel / 6 Bahan Pengganti Santan, Supaya Tiada Kolesterol

6 Bahan Pengganti Santan, Supaya Tiada Kolesterol

oleh | Mei 28, 2018 | Artikel

Santan Santan (jawa:santen) ialah cairan putih yang dihasilkan dengan cara memerah parutan isi kelapa, oleh sebab itu, disebut coconut milk oleh orang barat.

Santan ialah bahan utama yang sangat penting dalam resipi masakan nusantara. Penggunaan santan di dalam makanan utama, pencuci mulut, kuih-muih, makanan ringan dan minuman menghasilkan rasa lazat dan nikmat.

Namun, di sebalik kenikmatan santan, cairan ini memiliki kandungan lemak yang cukup tinggi sehingga boleh menaikkan kadar kolesterol. Untuk mengatasi perkara ini, lihat beberapa alternatif pengganti santan, seperti yang berikut ini:

1. Susu Segar

Susu segar yang berasal daripada haiwan seperti lembu dan kambing Etawa (berasal dari Etawa, India) boleh menggantikan santan. Orang barat lebih sukakan susu di dalam makanan mereka yang berkrim seperti sup krim, pai krim, dan sebagainya.

Susu Segar juga sangat sesuai untuk pelbagai minuman dan pencuci mulut. Susu segar memiliki kandungan laktosa (gula susu) yang cukup tinggi, sehinggakan bagi yang tidak tahan laktosa tidak disarankan mengambil susu segar.

Rata-rata penduduk Indonesia tidak toleran terhadap laktosa.

2. Yogurt Tawar atau Greek Yogurt

Yogurt adalah olahan susu yang masam rasanya, namun teksturnya sangat berkrim.

Masakan barat dan juga India sering menggunakan yogurt untuk menjadikan masakan mereka berkrim.

Oleh sebab rasanya yang masam, maka ukuran yogurt yang digunakan sangat perlu diambil berat, kerana jika berlebihan akan merosakkan rasa masakan anda.

3. Susu Pekat Manis Tanpa Gula

Susu Pekat Manis Tanpa Gula sering disebut susu sejat, iaitu olahan susu segar yang dibuang 60% kandungan airnya.

Susu sejat biasanya akan dicampur lagi dengan air untuk menjadikannya seperti susu segar. Oleh sebab susu ini tanpa gula, maka susu ini adalah tawar namun tetap lazat dan berkrim.

Susu sejat memiliki separuh kadungan zat dibandingkan dengan susu segar.

4. Susu Kacang

Susu yang berasal daripada kacang seperti susu almond, susu gajus, susu kemiri (buah keras), dan susu soya boleh digunakan dalam resipi masakan atau makanan yang lazat.

Tekstur susu yang berasal daripada kacang lebih cair dan kurang berkrim dibandingkan dengan santan.

Satu fakta yang tidak boleh diabaikan, bahawa kacang ini juga kaya dengan lemak, walaupun sebahagian besar ialah lemak baik.

Kandungan lemak yang tinggi bermaksud kalori yang tinggi.

5. Krim Pekat atau Krim Putar

Krim Putar dan Krim Pekat biasa ditemui di kedai roti kerana memang merupakan bahan dalam pembuatan roti. Kedua-duanya boleh dijadikan bahan alternatif santan.

Supaya rasa kelapa yang lazat dan istimewa tetap dapat dirasai, bolehlah ditambahkan air kelapa bersama-sama kedua-dua bahan tersebut. Kedua-dua bahan ini sesuai sekali digunakan sebagai pengganti santan dalam pembuatan kek atau kuih.

6. FiberCreme, Bahan Pengganti Santan Tinggi Serat

FiberCreme

FiberCreme ialah krimer pelbagai fungsi daripada tumbuh-tumbuhan, yang diperbuat daripada komposisi oligosakarida, iaitu serat daripada makanan semula jadi, yang membuatkan makanan tinggi seratnya.

FiberCreme merupakan Krimer serbuk yang dapat dimanfaatkan sebagai pengganti santan untuk hidangan nasi lemak, sayur, opor, nasi kuning, pengat, lodeh, rendang ayam, bubur kacang hijau, bubur sumsum, kek, cendol dan pelbagai resipi masakan tanpa santan yang lain.

Selain itu, FiberCreme juga boleh digunakan sebagai krimer kopi, yang boleh memberikan rasa seperti kopi susu.

FiberCreme boleh dibeli secara dalam talian di onlinestore.fibercreme.com. Ayuh, gantikan santan anda sekarang! Selain itu, FiberCreme dijual di beberapa buah pasar raya seperti Alfamidi, Indomaret, dan pelbagai pasar raya besar.

FiberCreme mempunyai tiga bentuk pembungkusan, Kotak (450 gm), Botol (168 gm), dan Uncang (100 gm). FiberCreme adalah Halal (sijil MUI).

0 Komen

Hantar Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Artikel Terbaru

Resipi Donat Kentang Rangup

Bagi yang belum mencuba dan yang masih mahukan rasa dan teksturnya yang unik, marilah mencuba lagi resipi ala @FiberCreme_TV

Pertama di Indonesia, Krimer Sihat yang Tinggi Kandungan Serat

Sebagai salah satu negara penghasil kopi terbesar di dunia, masyarakat Indonesia tentunya tak asing lagi dengan minuman bercita rasa pahit ini. Memiliki aroma wangi dan segudang manfaat bagi kesehatan, kopi sukses menempati posisi istimewa di hati penikmatnya.

Krimer Pengganti Santan dan Susu di dalam Makanan

JAKARTA, KOMPAS.com – Santan dan susu adalah dua bahan makanan yang memiliki fungsi penting untuk meningkatkan rasa makanan. Namun, konsumsi keduanya sering dihindari karena jumlah kalorinya yang tinggi serta meningkatkan kolesterol.

Resep Terbaru

Baulu Pisang Krim Keju yang Menjadi Ketagihan
Baulu Pisang Krim Keju yang Menjadi Ketagihan

AMAT LAZAT! Baulu yang sangat lembut dengan inti krim keju. Adakah anda bosan dengan resipi pisang yang biasa sahaja? Cubalah dahulu resipi baulu pisang ini. Bukan hanya amat lembut, kuih ini juga lebih istimewa kerana mengandungi campuran krim keju yang membuatkan rasanya semakin lazat.

Brownie Sekat (Potong) Lazatnya Teringat-ingat
Brownie Sekat (Potong) Lazatnya Teringat-ingat

Kalian tim #MakananManis apa #MakananGurih nih? Bagi mereka yang sukakan makanan manis, cubalah membuat brownie sekat seperti ini. Anda boleh meletakkan pelbagai toping, maka satu adunan boleh dijadikan banyak rasa. Makanan ini juga selamat untuk anda yang mempunyai intoleransi laktosa, kerana dibuat menggunakan pengganti susu lembu @ FiberCreme yang bebas laktosa serta tinggi serat dan rendah gula.

Donut Susu Lemak yang Viral
Donut Susu Lemak yang Viral

  Donut Susu Lemak yang Viral Masakan yang telah viral di seluruh dunia! Ada yang pernah membuatnya? 7.5 gm FiberCreme150 gm tepung gandum protein tinggi50 gm tepung gandum protein tinggi sederhana65 ml air sejuk25 gm marjerin25 gm gula pasir½ sudu makan yis...

Resipi Donat Kentang Rangup
Resipi Donat Kentang Rangup

Bagi yang belum mencuba dan yang masih mahukan rasa dan teksturnya yang unik, marilah mencuba lagi resipi ala @FiberCreme_TV

Resipi Kuih Bluder Empuk
Resipi Kuih Bluder Empuk

Pasti anda belum lagi mencuba resipi ini! Kuih ini berasal dari Belanda, yang sekarang terkenal sebagai buah tangan istimewa. Hidangan ini memang memerlukan banyak bahan dan kesabaran.