Home / RESEP / IDE JUALAN / Resipi Kuih Bluder Empuk

Resipi Kuih Bluder Empuk

Cost per serving RM 18.36
Pasti anda belum lagi mencuba resipi ini! Kuih ini berasal dari Belanda, yang sekarang terkenal sebagai buah tangan istimewa.Hidangan ini memang memerlukan banyak bahan dan kesabaran.
Course Snack
Servings 25 pcs
Calories 202 kcal

Video

Bahan
  

  • 7 gm yis segera
  • 5 gm gula pasir
  • 100 ml air suam
  • 300 gm tepung protein tinggi
  • 56 gm kuning telur
  • 10 gm FiberCreme dilarutkan dengan 34 gm air suam

Bahan Adunan Kuning Telur

  • 5 gm FiberCreme
  • 75 gm tepung protein tinggi
  • 150 gm tepung protein sederhana
  • 3 gm yis segera
  • 25 ml air ais
  • 140 gm kuning telur
  • 175 gm gula kaster
  • 175 gm mentega
  • 1 sudu teh garam

Bahan Sapuan

  • 1 sudu teh FiberCreme dilarutkan dengan 2 sudu makan air suam
  • 1 butir kuning telur

Bahan Inti

  • 100 gm abon daging lembu goreng siat
  • 100 gm kismis
  • 100 gm keju cepat meleleh

Cara Membuat
 

Bahan Utama

  • Campurkan yis segera, gula pasir dan air suam, kemudian diamkan sampai berbuih kacau dua kali.
  • Larutkan FiberCreme di dalam air suam, tuang ke dalam mangkuk berisi tepung gandum, tambahkan kuning telur dan adunan utama yang sudah berbuih. Adun hingga bercampur rata, diamkan lebih kurang 1 jam.

Adunan

  • Campurkan tepung gandum protein tinggi, tepung gandum protein rendah dan FiberCreme, adun hingga rata.
  • Di dalam bekas berasingan, pukul kuning telur dan gula sampai kembang selama 4 minit pada kecepatan tinggi hingga adunan menjadi kental berjejak (likat). Kemudian, masukkan campuran tepung gandum dan tambahkan yis segera, tuang bergilir dengan air sejuk sambil mengadun rata dengan teknik membalik.
  • Tambahkan adunan utama yang sudah dibuang gasnya, kemudian uli hingga rata. Masukan mentega dan garam, adun sampai kenyal.
  • Timbang adunan menjadi saiz 60gram, bulatkan, kemudian isi inti yang sesuai yang diinginkan.
  • Masukan ke dalam acuan bluder yang sudah disapu marjerin, rehatkan selama 1 jam.

Sapuan

  • Putar semua bahan sapuan hingga rata. Kemudian sapu permukaan adunan yang sudah direhatkan dengan bahan sapuan.
  • Kemudian masukkan ke dalam ketuhar dengan api atas bawah 160⁰C selama 20 - 25 minit atau hingga berwarna coklat keemasan. Keluarkan dari ketuhar, kemudian sapu kembali permukaan dengan mentega sementara masih panas.
  • Sedia dihidangkan.

Harga Pokok Penjualan

Keyword Bakery

Beli FiberCreme di Sini

 

0 Komen

Hantar Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Recipe Rating




Resep Terbaru

Baulu Pisang Krim Keju yang Menjadi Ketagihan
Baulu Pisang Krim Keju yang Menjadi Ketagihan

AMAT LAZAT! Baulu yang sangat lembut dengan inti krim keju. Adakah anda bosan dengan resipi pisang yang biasa sahaja? Cubalah dahulu resipi baulu pisang ini. Bukan hanya amat lembut, kuih ini juga lebih istimewa kerana mengandungi campuran krim keju yang membuatkan rasanya semakin lazat.

Brownie Sekat (Potong) Lazatnya Teringat-ingat
Brownie Sekat (Potong) Lazatnya Teringat-ingat

Kalian tim #MakananManis apa #MakananGurih nih? Bagi mereka yang sukakan makanan manis, cubalah membuat brownie sekat seperti ini. Anda boleh meletakkan pelbagai toping, maka satu adunan boleh dijadikan banyak rasa. Makanan ini juga selamat untuk anda yang mempunyai intoleransi laktosa, kerana dibuat menggunakan pengganti susu lembu @ FiberCreme yang bebas laktosa serta tinggi serat dan rendah gula.

Donut Susu Lemak yang Viral
Donut Susu Lemak yang Viral

  Donut Susu Lemak yang Viral Masakan yang telah viral di seluruh dunia! Ada yang pernah membuatnya? 7.5 gm FiberCreme150 gm tepung gandum protein tinggi50 gm tepung gandum protein tinggi sederhana65 ml air sejuk25 gm marjerin25 gm gula pasir½ sudu makan yis...

Resipi Donat Kentang Rangup
Resipi Donat Kentang Rangup

Bagi yang belum mencuba dan yang masih mahukan rasa dan teksturnya yang unik, marilah mencuba lagi resipi ala @FiberCreme_TV