SKT

Tentang FiberCreme

Apakah FiberCreme?

FiberCreme ialah krimer pelbagai fungsi yang tinggi serat, boleh menjadikan makanan atau minuman lebih berkrim dan lazat. FiberCreme juga boleh digunakan sebagai pengganti santan atau susu. FiberCreme ialah krimer pelbagai fungsi yang boleh digunakan sebagai pengganti santan dan susu.

Apa kegunaan / Fungsi FiberCreme?

Fungsi FiberCreme adalah sebagai pengganti santan dan susu. FiberCreme juga menambah rasa berkrim dan kelazatan, yang boleh digunakan dalam pelbagai menu makanan dan minuman.

Apakah keunggulan FiberCreme?

Antara keunggulan FiberCreme adalah tinggi serat, rendah gula, bebas kolesterol, bebas lemak trans, bebas gluten, bebas laktosa dan mempunyai indeks glisemik yang rendah. Kandungan seratnya yang tinggi mampu menekan rasa lapar lebih lama, sangat sesuai untuk diet. Kandungan gula dan indeks glikemik yang rendah membolehkan FiberCreme diambil oleh penderita diabetes. Kandungan seratnya yang tinggi mampu menekan rasa lapar lebih lama, sangat sesuai untuk diet. Kandungan gula dan indeks glikemik yang rendah membolehkan FiberCreme diambil oleh penderita diabetes.

Kenapa FiberCreme sebagai pengganti santan?

FiberCreme mempunyai rasa yang hampir mirip dengan santan. Menambahkan FiberCreme kepada makanan dan minuman sebagai pengganti santan akan membuatkan makanan dan minuman terasa sedap dan berkrim. FiberCreme juga mempunyai kandungan lemak dan kalori yang lebih rendah, serta tidak mengandungi kolesterol.

Apa perbezaan antara FiberCreme dengan krimer lain?

Pada umumnya krimer lain hanya dapat digunakan sebagai campuran di dalam minuman tertentu. FiberCreme ialah krimer pelbagai fungsi yang boleh digunakan sebagai pengganti santan dan susu bagi hampir semua jenis minuman dan makanan. Keunggulan lain FiberCreme adalah tinggi serat, rendah gula, bebas kolesterol, dan bebas minyak trans.

SUDAHKAH PRODUK MEMPEROLEH SIJIL HALAL?

Maklumat Halal produk FiberCreme terdapat pada bahagian pembungkusan FiberCreme. FiberCreme memiliki sijil halal daripada badan yang berwibawa dengan nombor pendaftaran 00120061610612.

APAKAH FIBERCREME SUDAH BERDAFTAR DENGAN BPOM?

FiberCreme sudah berdaftar dengan BPOM dengan nombor pendaftaran 802313004107. Maklumat nombor BPOM sudah tertera pada bahagian pembungkusan FiberCreme.

Komposisi FiberCreme

APA KOMPOSISI UTAMA DALAM FIBERCREME?

Komponen utama FiberCreme ialah serat larut oligosakarida, yang berasal daripada ubi kayu. Isomalto-oligosakarida termasuk dalam kelompok karbohidrat yang tidak dapat diserap oleh tubuh. Tubuh tidak akan menyimpan komponen ini secara berlebihan, maka tidak berpotensi menaikkan gula di dalam darah.

ADAKAH KANDUNGAN FIBERCREME SAMA DENGAN SUSU LEMBU?

Kandungan FiberCreme dengan susu sapi berbeda. Kandungan FiberCreme dengan kandungan susu lembu berbeza. FiberCreme mengandungi 2% kasein, yang termasuk dalam golongan protein daripada susu lembu. Beberapa bahan di dalam susu tidak terdapat di dalam FiberCreme. Namun demikian, FiberCreme mempunyai kandungan serat yang tinggi.

APAKAH LEMAK TUMBUH-TUMBUHAN YANG TERKANDUNG DI DALAM FIBERCREME?

Kandungan lemak tumbuh-tumbuhan yang terdapat di dalam FiberCreme ialah minyak kelapa yang bebas lemak trans dan bebas kolesterol.

BERAPAKAH KALORI YANG TERDAPAT DI DALAM FIBERCREME BAGI SETIAP UKURAN SAJIANNYA?

Kandungan kalori di dalam FiberCreme bagi setiap ukuran sajiannya (3 gram) adalah sebesar 16.2 kkal.

BERAPA BANYAKKAH KANDUNGAN GULA DI DALAM FIBERCREME?

FiberCreme mengandungi kandungan gula yang rendah, <iaitu < 5 gm/100 gm yang didapati daripada serat semula jadi.

APAKAH FIBERCREME MENGANDUNGI BAHAN PENGAWET MAKANAN, YANG MEMBOLEHKANNYA TAHAN SELAMA 2 TAHUN?

Tidak. FiberCreme tidak mengandungi bahan pengawet. Hal ini dapat dilihat melalui komposisi FiberCreme yang terdapat pada pembungkusannya. FiberCreme tahan hingga 2 tahun jika disimpan dengan cara yang betul iaitu dalam keadaan tertutup rapat di tempat kering, dan terhindar daripada sinar matahari secara langsung. Bagi botol 168 gram, sebaik-baiknya dihabiskan dalam waktu 1 bulan setelah dibuka.

APAKAH PERBEZAAN ANTARA KANDUNGAN LEMAK TRANS DAN LEMAK TEPU SANTAN DENGAN FIBERCREME?

Dalam keadaan semula jadi, baik santan mahupun FiberCreme tidak mengandungi lemak trans. Namun, dalam keadaan serbuk, kandungan lemak tepu santan adalah sebesar ± 55% – 60%. Sementara itu, kandungan lemak tepu di dalam FiberCreme adalah sekitar ± 30% – 32%. Oleh itu, kandungan lemak tepu FiberCreme ialah 50% lebih rendah.

APAKAH FIBERCREME MENGANDUNGI SERAT PREBIOTIK ?

Komponen utama FiberCreme ialah oligosakarida yang tinggi serat, yang boleh dimanfaatkan oleh bakteria baik di dalam perut kita. Dapatan uji kaji Fakultas Teknologi Makanan di universiti terkemuka di Indonesia, menunjukkan FiberCreme mempunyai indeks prebiotik positif dalam lingkungan 1.42 – 2.00 dibandingkan dengan Inulin kawalan dan FOS. Hal ini bermaksud FiberCreme dapat dimanfaatkan dengan lebih baik oleh bakteria baik (probiotik).

Cara Penggunaan FiberCreme

APAKAH UKURAN YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENYAMAKAN FIBERCREME DENGAN SANTAN?

Ukuran yang disarankan bagi memperoleh rasa dan tekstur makanan seperti santan pekat ialah FiberCreme : air hangat (1:3) dan boleh disesuaikan pula dengan selera Anda. Misalnya, menggunakan 100 gram FiberCreme + 300 ml air hangat = 400 ml santan pekat. Untuk tekstur dan rasa santan sederhana pekat adalah dengan perbandingan FiberCreme : air hangat (1:5), 100 gram FiberCreme + 500 ml air hangat = 600 ml santan sederhana pekat.

APAKAH FIBERCREME BOLEH MENJADI CAMPURAN SUSU?

Pada dasarnya FiberCreme adalah alternatif untuk menggantikan susu. Namun, FiberCreme juga boleh dicampurkan dengan susu.

BERAPAKAH UKURAN YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENYAMAKAN FIBERCREME DENGAN SUSU?

Anda boleh menggunakan ukuran perbandingan FiberCreme : Air suam 1:5 atau 100 gram FiberCreme + 500 ml air suam = 600 ml susu. Boleh juga disesuaikan dengan jenis makanan atau minuman yang anda buat.

BAGAIMANAKAH WARNA DAN RUPA MASAKAN YANG MENGGUNAKAN FIBERCREME?

Warna dan kepekatan hasil masakan yang dibuat dengan FiberCreme lebih kurang sama dengan masakan yang menggunakan santan cair. Dari segi rasa, masakan yang menggunakan FiberCreme memiliki ciri rasa yang sedap dan berkrim.

MENGAPAKAH MASAKAN YANG DIBUAT DENGAN FIBERCREME TAHAN LEBIH LAMA DAN TIDAK MUDAH BASI BERBANDING DENGAN MASAKAN YANG DIBUAT DENGAN SANTAN?

FiberCreme dihasilkan dengan bahan terpilih yang kemudiannya diproses secara bersih untuk menghindarkan kontaminasi organisma yang menyebabkan penurunan kualiti dan daya tahan. Kandungan lemak yang lebih rendah juga membuatkan FiberCreme memiliki tahap kestabilan yang lebih baik. Oleh itu, apabila digunakan dalam masakan, FiberCreme juga menjadikan makanan lebih tahan lama dan tidak mudah tengik, meskipun tanpa menggunakan pengawet..

APAKAH JENIS KOPI YANG SESUAI UNTUK TAMBAHAN FIBERCREME, KOPI SERBUK KASAR ATAU HALUS?

Semua jenis kopi, baik kopi segera mahupun kopi biasa boleh ditambahkan dengan FiberCreme. Ukurannya ialah 1.5 – 2 gram kopi ditambahkan dengan 12 -15 gram FiberCreme dan dilarutkan dalam 150 – 170 ml air. Sekiranya sukakan manis, maka bolehlah ditambahkan 6 – 8 gram gula atau jumlah yang sesuai dengan selera sendiri.

SETELAH MENAMBAHKAN FIBERCREME KEPADA MAKANAN, ADAKAH PERLU UNTUK MENAMBAHKAN GULA?

Sama ada ditambah gula atau tidak, bergantung pada selera masing-masing serta pada jenis masakan yang dibuat. Namun, perlu kami maklumkan bahawa FiberCreme ini sedikit manis, kerana adanya oligosakarida.

BAGAIMANAKAH CARA MENYIMPAN FIBERCREME AGAR TIDAK BERGUMPAL?

Bahan utama FiberCreme ialah serat semula jadi daripada oligosakarida, dengan sifat semula jadi serat yang sangat mudah mengikat air (higroskopis). Penyimpanannya hendaklah dalam keadaan kedap, tertutup rapat dan diletakkan di tempat yang kering. Lebih baik jika disimpan di dalam peti sejuk.

APAKAH KESAN SAMPINGAN JIKA MENGAMBIL FIBERCREME SECARA BERLEBIHAN?

Kanak-kanak berusia 1 tahun tidak digalakkan mengambil lebih daripada 30 gram FiberCreme sehari. Bagi orang dewasa adalah sebanyak 48 hingga 60 gram sehari. Seperti juga sayur dan buah yang diambil secara berlebihan, kandungan serat di dalamnya boleh menyebabkan perut tidak selesa, seperti memulas dan kembung, serta sering membuang angin dan menyebabkan cirit-birit.

BERAPA LAMAKAH FIBERCREME DAPAT BERTAHAN SETELAH PEMBUNGKUSAN DIBUKA?

Setelah pembungkusan dibuka, FiberCreme dapat bertahan hingga masa tamat tempohnya jika disimpan dengan betul. Namun, bagi botol 168 gram, disarankan dihabiskan dalam masa 1 bulan setelah dibuka.

FiberCreme Lazat, Berkrim dan Banyak Manfaat

APAKAH FIBERCREME BOLEH DIMAKAN OLEH KANAK - KANAK?

FiberCreme boleh dimakan oleh kanak-kanak yang berusia 1 tahun. Hal ini disebabkan kanak-kanak di bawah umur 1 tahun memiliki sistem pencernaan yang sangat sensitif. Selepas 1 tahun, sistem pencernaan kanak-kanak barulah terbentuk sempurna.

APAKAH FIBERCREME BOLEH DIMAKAN OLEH SESEORANG YANG ALERGI TERHADAP SUSU?

Alergi terhadap susu adalah reaksi ketidaktahanan tubuh terhadap satu atau lebih protein susu. Protein susu dibahagikan dua, iaitu wei dan kasein manakala setiap orang memiliki ketidaktahanan berbeza-beza terhadapnya (ada yang alah terhadap hanya satu jenis protein atau kedua-duanya). Produk FiberCreme menggunakan bahan utama natrium kaseinat sebanyak 2%, yang berasal daripada protein susu lembu dan termasuk golongan kasein. Namun, FiberCreme adalah bebas laktosa dan bebas komponen protein wei. Anda perlu mendapatkan nasihat Doktor anda terlebih dahulu untuk mengetahui jenis alergi Anda.

APAKAH FIBERCREME BOLEH DIMAKAN OLEH IBU HAMIL DAN YANG MENYUSUKAN BAYI?

FiberCreme boleh dimakan oleh ibu hamil dan yang menyusukan bayi. Ukurannya adalah yang sesuai untuk orang dewasa, tidak melebihi 60 gram sehari.

APAKAH FIBERCREME SESUAI UNTUK VEGETARIAN?

FiberCreme juga boleh diambil oleh golongan vegetarian, kerana komponen utama FiberCreme ialah serat daripada tumbuh-tumbuhan daripada oligosakarida. Namun, terdapat 2% kandungan kasein di dalam FiberCreme. Kasein ini adalah sejenis protein yang umumnya terdapat di dalam susu lembu.

APAKAH FIBERCREME BOLEH DIMAKAN OLEH MEREKA YANG MEMPUNYAI SEJARAH PENYAKIT MAAG?

FiberCreme boleh diambil oleh orang yang mempunyai sejarah penyakit MAAG, kerana FiberCreme tidak menyebabkan peningkatan asid perut.

APAKAH FIBERCREME MEMPENGARUHI KOLESTEROL?

Pada dasarnya, FiberCreme adalah bebas kolesterol. Maka, sangat jelas bahawa FiberCreme tidak mempengaruhi tinggi rendahnya kolesterol seseorang dan komponen serat juga dapat mengikat lemak dan kolesterol berlebihan yang ada di dalam tubuh apabila kita makan, untuk dikeluarkan melalui najis.

APAKAH FIBERCREME BOLEH DIMAKAN OLEH PENDERITA DIABETES?

Pada dasarnya, FiberCreme merupakan salah satu bahan makanan yang mempunyai indeks glisemik yang rendah, iaitu hanya 51 sedangkan suatu makanan dikatakan tinggi jika melebihi angka 70. Selain itu, kandungan gula di dalam FiberCreme juga rendah dan kandungan seratnya tinggi. Maka, FiberCreme boleh diambil oleh seseorang yang mempunyai sejarah diabetes.

APAKAH FIBERCREME BOLEH DIMAKAN OLEH PENDERITA REUMATIK ASID URIK?

Pada dasarnya anda dapat mengurangkan risiko penyakit reumatik asid urik, antaranya dengan menghindari makanan dan minuman yang tinggi kandungan gula, menjaga berat badan agar sihat, mengikuti diet yang seimbang dan bersukan secara teratur. Untuk itu, sangat jelas bahawa FiberCreme boleh diambil oleh orang yang memiliki gejala asid urik kerana FiberCreme termasuk sebagai salah satu bahan makanan yang tinggi serat, rendah gula dan mampu menekan rasa lapar lebih lama. FiberCreme selamat bagi yang mempunyai masalah asid urik dan juga sesuai untuk diet. Untuk memastikannya, ada baiknya Anda mendapatkan nasihat doktor anda terlebih dahulu.

APAKAH FIBERCREME BOLEH DIAMBIL OLEH KANAK-KANAK ATAU ORANG YANG MEMPUNYAI ADHD (ATTENTION DEFICIT HYPERACTIVITY DISORDER)?

Untuk memastikannya, ada baiknya Anda mendapatkan nasihat doktor anda terlebih dahulu. kerana, setiap kanak-kanak ADHD akan mempunyai keperluan diet yang berbeza. Sebagai makluman, FiberCreme ialah produk tinggi serat, rendah gula, bebas gluten, bebas laktosa, dan mengandungi protein susu jenis kasein.

APAKAH FIBERCREME BOLEH MENJADI PENGGANTI SUSU SEJAT?

FiberCreme boleh menggantikan fungsi susu sejat dalam beberapa jenis makanan. Namun, perlu diberikan perhatian bahawa kandungan zat di dalam FiberCreme dan susu sejat adalah berbeza.

Pembelian FiberCreme

APAKAH FIBERCREME SUDAH ADA DI PASAR RAYA?

FiberCreme sudah dijual di pelbagai kedai dan pasar raya. Misalnya seperti di AEON Big, Luthfi Maju Jaya Enterprise, Idaman Cakes & Bakery, BR Ingredients, JC Rainbow, Ketuhar Bakery, Mama’s Choice Bakery. Untuk mendapatkannya, FiberCreme boleh ditemui di rak bahagian krimer atau santan. Untuk update toko yang menjual FiberCreme silahkan kunjungi www.fibercreme.com/toko-nasional/

APAKAH FIBERCREME BOLEH DIBELI SECARA DALAM ONLINE?

Bisa. FiberCreme sudah dijual secara dalam talian di Official Online Store FiberCreme. Anda bisa kunjungi dan berbelanja di www.onlinestore.FiberCreme.com .
FiberCreme juga sudah dijual di beberapa marketplace di Malaysia seperti, Shopee. Untuk update toko yang menjual FiberCreme silahkan kunjungi www.fibercreme.com/toko-online/