Donat : Campurkan semua tepung gandum, FiberCreme, gula pasir, dan yis segera. Adun sebati.
Masukkan telur dan air. Uli hingga bercampur rata membentuk adunan, masukkan marjerin dan garam. Uli kembali hingga kenyal. Bahagikan adunan kepada saiz 40 gram. Leperkan dan diamkan selama 30 minit.
Panaskan minyak menggoreng dengan api sederhana. Selepas 30 minit goreng adunan donat, balik-balikkan donat hingga mengeluarkan gegelang putih. Angkat.
Krim penuh: di dalam bekas, campurkan krim penuh, vla segera, dan air sejuk. Putar dengan kecepatan rendah hingga separuh kembang, kemudian naikkan kelajuan putaran kepada tinggi hingga adunan mengembang dan kaku. Ketepikan.
Penyajian: potong menjadi 2 bahagian tetapi jangan sampai putus, letakkan krim penuh di antara2 bahagian donat.
Hidangkan dengan taburan gula halus atau serbuk coklat.