Go Back

Bolu Pisang Krim Keju bikin Nagih

Cost per serving RM 11.64
AMAT LAZAT! Baulu yang sangat lembut dengan inti krim keju. Adakah andabosan dengan resipi pisang yang biasa sahaja? Cubalah dahulu resipi baulupisang ini. Bukan hanya amat lembut, kuih ini juga lebih istimewa kerana mengandungicampuran krim keju yang membuatkan rasanya semakin lazat.
Prep Time 30 minutes
Cook Time 30 minutes
Total Time 1 hour
Course Dessert
Cuisine Asian
Servings 12 slice
Calories 318 kcal

Video

Ingredients
  

  • 20 gm FiberCreme
  • 105 gm telur
  • 190 gm tepung gandum protein sederhana
  • 100 gm gula halus
  • 110 gm minyak menggoreng
  • 90 gm gula merah
  • 2 gm soda penaik
  • 1 gm serbuk buah pala
  • 3 gm garam
  • 260 gm pisang lenyek

Bahan Krim Keju

  • 150 gm krim keju
  • 40 gm gula halus
  • 15 gm tepung gandum
  • 1 butir telur dipukul

Topping

  • 50 gr cip coklat

Instructions
 

  • Keju krim : putar keju krim dan gula halus hingga lembut. Tambahkan telur dan tepung gandum, putar kembali hingga rata. Ketepikan.
  • Kek : siapkan loyang, alas dengan kertas bakar. Ketepikan. Sementara itu, panaskan ketuhar pada suhu 160 darjah Celcius.
  • Lenyek pisang dengan garfpu di dalam mangkuk. Ketepikan.
  • Campur dan ayak semua bahan kering, ketepikan.
  • Di dalam mangkuk adunan,masukkan minyak menggoreng, gula pasir dan gula merah, adun pada kecepatan tinggi selama 10 minit. Kemudian, masukkan telur satu demi satu, adun kembali selama 3 minit.
  • Tambahkan pisang yang sudah dilenyek, putar kembali hingga sebati. Masukkan semua bahan kering yang sudah diayak, adun dengan teknik membalik (folding).
  • Tuang separuh adunan ke dalam loyang, kemudian tuang keju krim di seluruh permukaan hingga rata, tuang kembali sisa adunan, bakar di dalam ketuhar pada suhu 160 darjah Celcius selama 60 minit.
  • Keluarkan daripada ketuhar dan loyang, potong ikut selera dan hidangkan.

Harga Pokok Penjualan

Keyword Bakery, cake

Buy FiberCreme Here